Belajar Bahasa Hindi Untuk Faham Filem Bollywood Tanpa Subtitle-Percuma!

Current Status
Not Enrolled
Price
Free
Get Started

Anda mengidam untuk memahami filem Bolywood tanpa perlu merujuk sarikata pada setiap babak klimaks!

Anda berminat dengan alunan lagu Bollywood namun tidak dapat memahaminya?

Sekiranya jawapan anda YA, maka anda berada di tempat yang betul untuk mempelajari Hindi secara menyeronokkan melalui pelbagai video yang boleh dimainkan melalui telefon bimbit atau komputer melalui kaedah;

1- DENGAR dalam Bahasa Melayu dan Hindi.
2- LIHAT ejaan kata dan ayat
3- ULANG perkataan dan ayat yang didengar.
4- Kemudian berlatih sambil menonton filem hindi dan bersama rakan.


Kelas ini sangat mendalam dan kandunganya adalah seperti berikut.

Terdapat 270 perkataan dan 150 ayat yang dibahagikan seperti berikut:

1. Modul pertama: Terdapat 111 perkataan yang biasa digunakan dalam perbualan harian dalam dialog filem Hindi.


a) Terdiri daripada perbualan di dalam rumah, tempat kerja dan restoran dan
b) pelbagai anggota badan yang biasanya digunakan dalam dialog untuk ekspresi emosi / perasaan mereka.

2. Modul kedua: Belajar memulakan dan meneruskan komunikasi.
a) Mengenai pekerjaan.
b) Dengan individu tidak dikenali.
c) Ketika membeli-belah.


3. Modul ketiga: Belajar makna lirik lagu popular. Dalam modul ini akan belajar makna perkataan-perkataan utama dalam lirik, kemudian ayat-ayat jiwang dalamnya. Lagu pilihan adalah dari filem:
a) Mann
b) Yeh Zindagi Ka Safar
c) Yes Boss
d) Kal Ho Na Ho

4. Modul keempat: Belajar makna dialog fiem popular. Dalam modul ini akan akan belajar makna perkataan-perkataan utama dalam dialog, kemudian ayat-ayat klimaks dalamnya. Babak pilihan adalah dari filem:
a) Taare Zameen Per
b) English Vinglish
c) Dil To Pagal Hai
d) Kabhi Khushi Kabhi Gham
e) Kal Ho Na Ho
f) Kuch Kuch Hota Hai

Lihat struktur kelas ini melalui telefon bimbit.

Berikut merupakan contoh kandungan modul kedua:

A. Cara Komunikasi Mengenai Pekerjaan Anda.
Di dalam modul ini terdapat beberapa contoh perbualan yang boleh anda cuba dengan rakan-rakan. Anda akan diberikan soalan dan juga jawapan, contohnya:


S) Boleh saya dapatkan nombor telefon anda?
S) Kya mujhe aap ka phone number mil sakta hai?
J)…

S) Bilakah tarikh lahir anda?
S) Tumhari saalgirah kab hai?
J)…

S) Di manakah anda bekerja?
S) Aap kahan kaam karte hain?
J)…

C. Cara membeli-belah menggunakan bahasa Hindi.

Sekiranya anda bertemu dengan penjual fasih berbahasa Hindi, adalah bijak berunding dalam bahasa mereka untuk mendapat diskaun menarik.

Beberapa contoh ayat yang boleh digunakan untuk membeli dan minta diskaun adalah seperti berikut:

S) Berapa harga barang ini?
S) Ye kitne ka hai?

S) Saya suka yang ini
S) Mujhe ye chahiye.

S) Boleh saya cuba yang ini?
S) Kya main ye try ker sakta hun? (lelaki)
S) Kya main ye try ker sakti hun? (perempuan)


S) Boleh saya dapat diskaun untuk barang ini?
S) Kya is ki qeemat kam ho sakti hai?

S) Kurangkan lagi?
S) Thora kam?

Klik ‘Take this course’ diatas untuk memulakan kelas ini.

Setelah berdekad menonton filem Hindi, masih tidak terlewat untuk belajar sambil berhibur untuk memahami semua filem kegemaran serta berinteraksi dengan rakan dalam bahasa Hindi.

Daftar sekarang!